Saya tidak mahu anak saya jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak melakukan apa yang biasa kami lakukan. Puasa adalah menahan lapar dan dahaga, bukan menahan kita untuk menjalani hidup seperti orang yang tidak berpuasa. Pernah satu hari saya ke pasayara memegang sekampit beras 5kg, kemudian ianya terjatuh. Seperti biasa, mulut automatik berkata ‘Eh, sorry!’. Seorang promoter beras bukan Muslim berada disitu berkata.. takpe, you puasa kan? Saya senyum sahaja. Saya terlepas genggaman bukan sebab saya puasa dan lemah untuk memegang. Tapi kerana ianya memang nak jatuh. Aduh.. malu sungguh saya dia menyalahkan puasa saya. Tapi rata-rata, orang bukan Islam melihat kita lemah ketika berpuasa. 

Sebab itu ada beberapa perang dalam Islam, berlaku ketika bulan puasa. Strategi mereka yang fikir kita lemah pada waktu itu. 

 

Bulan Puasa keluarga saya, aktiviti biasa bukan berkurang tetapi bertambah. Bertambah dengan tarawih, i’tikaf, qiyamullail. Quran, belajar pelajaran akademi, bersukan tetap ada (golf practice).

 

Contohnya, Darwish, anak lelaki, banyak tenaganya. Masih boleh berlari. Masih boleh bermain walaupun berpuasa disiang hari dan berqiyamulail di malam hari.. Inilah tanda Allah pemberi kuasa kpd sesiapa yg dikehendakinya.
Kami berbuka di masjid. Selepas solat Maghrib, saya tasmik quran anak2 hinggalah masuk waktu Isyak dan solat tarawih. Jadual anak2 saya ada sedikit perubahan setiap kali Ramadhan. Walau bagaimanapun, homeschool learning tetap ada setiap hari. 

Kerana Ramadhan sudah masuk 10 malam terakhir, kami ber I’tikaf dimasjid. Bangun Qiyamullail, bersahur dan solat subuh juga dimasjid.  

Jika ikut hati saya, balik dari masjid, mahu saja landing atas katil setelah berjaga malam. Tapi tidak kesampaian kerana anak meminta untuk dihantar ke driving range pagi2 lagi kerana sudah dibiasakan.  100 bola dipukul hingga bermandikan peluh. Saya minta dia berhenti kerana dia perlu rehat untuk solat Jumaat tgh hari nanti. Jika tidak diminta, mungkin tidak akan berhenti.

“Tidak ada usaha, kekuatan dan upaya selain dengan kehendak Allah.”
Semoga Allah izinkan utk kita semua meraih pahala terbaik dlm Ramadhan kali ini.

Ramadhan Tahun 2020

Ramadhan tahun 2020 adalah Ramadhan yang tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Ramadhan berlalu pergi tanpa kami dapat menjejakkan kaki kami ke Masjid walaupun sekali Segala aktiviti terhenti kerana musibah Covid 19 yang melanda dunia. Syukur di akhir Ramadhan beberapa aktiviti dibenarkan termasuk golf. Disini saya sertakan video mereka dengan gembiranya berlalu dan berlatih di bulan Ramadhan.

(Artikel diatas pernah dikongsikan di facebook pada 2019 dengan link dibawah).