Disini saya nak share aktiviti saya hari ini
1. Sambil tunggu nasik masak utk disuapkan pada anak, saya bakar frankinsence. Oh lupa, masa basuh beras, baca ayat Lau anzalna hazal quran… (al Hasyr, 21-24). Maksudnya… Jika Kami turunkan al Quran itu di atas gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk, serta pecah belah kerana takut kpd Allah…
Moga Allah campakkan rasa takut kepadaNya dalam hati anak kita dan khusyuk dgn ayat2 Nya. Seperti mana khusyuk dan takutnya gunung dlm ayat itu.
2. Hari Jumaat adalah hari saya mewangikan rumah dgn aroma frankincense. Ini adalah frankinsence utk dimakan tapi saya khaskan utk wangian. Beli di kedai Mahnaz. Frankinsence adalah utk menguatkan ingatan (amalan para sahabat nabi). Sama juga didalam dunia aromaterapi. Saya tidak menggunakan EO krn resinnya telah dibuang dlm mendapatkan EOnya. Resinnya ada byk manfaat. Lagi pula EO ini adalah antara yg paling mahal.
3. Suara background adalah suara Darwish sedang tasmik dgn Darwisya. Task mereka pagi ini adalah mengulang surah lama – 7 muka surat surah at Taubah. Mereka akan bergilir membaca dan menyemak anatara satu sama lain. Jika mereka sudah yakin, mereka akan datang kpd saya utk final check.