Keputusan Peperiksaan UPSR Hasil Homeschooling

Pagi tadi, seperti biasa, Darwisya melakukan latihan golfnya hingga terlewat untuk ke sekolah mengambil keputusan UPSR. Dia tidak nervous dan tidak beriya-iya walaupun sudah tahu hari ini hari keluarnya keputusan. Mungkin kerana cara saya yang tidak berapa memberikan apa-apa penekanan kepada keputusan yang akan dia terima menyebabkan dia berperilaku begitu.

Setelah bersiap, kami sekeluarga bersiap untuk kesekolah. Ibubapa telah diberitahu keputusan keluar
jam 10am tetapi kami tiba di perkarangan sekolah pada jam 11.15 pagi. Sampai sahaja disana,
kelihatan ada murid dan ibubapanya gembira seolah meraikan kejayaan, ada yang biasa sahaja dan ada
yang termenung.
Oleh kerana datang lewat, saya bertanya murid yang kebetulan lalu didepan saya akan dimana saya
boleh dapatkan keputusan untuk kelas 6 Marikh (kelas Darwisya) dan terus ke tempat yang dimaklumkan.
Ya… namanya telah dipanggil untuk ke pentas kerana Darwisya antara murid yang mendapat 5A tetapi
dia tiada disitu.
Alhamdulillah.. Keputusan UPSRnya adalah 5A. Subhanallah.. sungguh diluar jangkaan saya kerana dia
cuma sebulan sahaja masuk ke sekolah setelah sekian lama homeschooling. Menduduki UPSR adalah
keputusan saat akhir yang saya lakukan setelah saya mendapat persetujuan Darwisya untuk
mendudukinya. Hampir sahaja kami membatalkan rancangan di pertengahan jalan bila perlu melalui crash
course memasukkan 6 tahun pelajaran silibus sekolah ke dalam masa beberapa bulan sahaja sebelum
peperiksaan. Sememangnya ini adalah hadiah dari Allah kerana usaha saya dan anak yang sedikit
berbanding dengan keputusan yang dia dapat ini.
Untuk pengetahuan. Statistik UPSR di Sekolah Berprestasi Tinggi Saujana Impian yang mempunyai 180
orang murid tahun 6.
????????????
180 orang murid
Bilangan 6A — 14 orang
Bilangan 5A — 19 orang
Bilangan 4A — 24 orang
Peratus kelulusan UPSR 2018 – 98.5%
????????????
** InsyaAllah saya akan mengadakan bicara santai ‘Bagaimana merancang homeschooling ke arah UPSR’
berdasarkan pengalaman saya ini pada 29 December 2018 nanti dengan topik yang akan dibincangkan :
1. Bagaimana membuat permohonan masuk sekolah setelah homeschooling
2. Bagaimana mendapatkan sekolah Berprestasi Tinggi
3. Bagaimana memohon Dual Language Program UPSR
4. Bagaimana mendapatkan tempat sekolah menengah yang kita pilih di kemudian hari jika kita mahu
meneruskan niat untuk melakukan homeschooling di peringkat sekolah menengah rendah
5. Bagaimana merancang pembelajaran anak supaya dia bersedia sebelum UPSR.
6. Sesi soal jawab bebas sekitar topik homeschooling
Terhad untuk 30 orang sahaja oleh kerana tempat yang hanya boleh memuatkan 30 orang. Akan diadakan
di Cheras pada Sabtu, 29 Dis 2018.