Website ini merupakan koleksi pengalaman peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Mereka juga boleh membaca dan bertutur dua Bahasa (Melayu dan Inggeris) pada umur 5 tahun. Pencapaian lain adalah menguasai Mental Arithmetic, sukan renang, sukan berkuda dan golf. Bagi sukan renang, mereka boleh berenang dalam acara Freestyle, Backstroke dan Butterfly stroke. Berkuda pula dalam acara Equesterian Show Jumping. Untuk sukan golf, anak saya pernah mewakili negeri untuk ke sukan MSSM 2019. Dia juga pernah menjuarai pertandingan Golf MyFutures Leg 5 dan pelbagai pertandingan lain. Anak saya juga telah menerima ‘Anugerah Pelajar Cemerlang 2018’ di sekolahnya SK Saujana Impian, Kajang kerana pencapaian cemerlang dalam UPSRnya.
Segala pencapaian mereka adalah anugerah dari Allah s.w.t. Ianya bermula dengan niat, doa, pengorbanan dan usaha. Atas dasar itu saya ingin berkongsi perjalanan saya dengan menulis perjalanan saya di blog website ini dan mengajar ibubapa cara saya mengajar anak saya melalui kursus, ebook dan bahan bantu belajar yang sedia ada di website ini.
Saya jemput untuk melayari catatan saya dalam cara saya
1. Mengajar mereka menghafaz Al Quran dari bayi di link ini (sila klik)
2. Mengajar mereka Bahasa Inggeris dari kecil di link ini (sila klik)
3. Mengajar mereka Mental Arithmetic dari kecil di link ini (sila klik)
4. Mendedahkan mereka dengan aktiviti sukan link ini (sila klik)
5. Menanam iman dengan kisah islami di link ini (sila klik)
Semoga ianya bermanfaat untuk ibubapa yang berminat. Salam Mesra.
Lina Karim
linakarim2@gmail.com





























