.

Apa Itu Champion Flight?

Darwish is in the Champion Flight! Saya tidak tahu apa itu champion flight. Rupanya adat golf tournament ini adalah drawlist keesokkan harinya bergantung pada score mereka sebelumnya. Empat orang dari tangga teratas atau kita panggil Top 4 akan dikumpulkan dalam satu flight bersama untuk bertanding pada hari berikutnya. Darwish adalah antara Top 4 tersebut.

Saya tidak menyangka akan pencapaian Darwish bertanding dgn 31 peserta dari seluruh Malaysia di kategori yg sama dengannya semalam agak baik memandangkan ini adalah tournament pertamanya. Alhamdulillah hari ini dia kelihatan kurang nervous. Dia mula serasi dengan dunia golf tournament dan sudah punya ramai kawan yg sama dengan salah satu minatnya.

Ketika ini Darwish bersama Qayyum. Mereka belum mengenal antara satu sama lain kerana berlainan flight.

 

 

Sebenarnya objektif saya adalah untuk mengubah persepsi tentang penghafaz al Quran dengan menggunakan sukan elite ini (walaupun tidaklah se.. elite mana bila kita dah berada didalamnya). Zaman sekarang, penghafaz Quran dianggap seperti tiada masa depan. Di media sosial baru2 ini, ada menyamakan penghafaz Quran yang masa depannya tiada nilai komersial.

Yang akhirnya akan memegang tabung derma di depan bank, di pasaraya besar dan sebagainya, merayu simpati dari orang ramai untuk survival.

Namun begitu, anak saya perlu berjaya dahulu untuk merentas jalan tersebut. Adakah 2 tahun cukup? Pemain golf junior Malaysia yg sebaya dengan anak saya rata-rata mempunyai 5-6 tahun pengalaman dibelakang mereka. Adakah hanya 2 tahun ia boleh tercapai? Ketuk kepala sendiri! Saya perlu lihat pula orang lain didalam bidang ini untuk merentas mereka. 

 

 

 

Hanya Allah pemilik kejayaan. Sportsexcel Junior Golf Tournament di Port Dickson Golf Club ini adalah tournament pertama anak saya. Ia ibarat mendedahkan dia alam pertandingan. Bukan untuk menang. Lebih kepada exposure! Langkah pertama yang dia perlu ambil. Tidak semestinya dia berjaya pada cubaan pertama ini. Namun untuk dia berada di dalam champion flight boleh saya katakan sangat-sangat diluar dugaan. 

 

Darwish bermain dengan rakan sebaya, Kok Xuan Bin

Saya ingin kongsikan perjalanan anak-anak saya ini untuk menyampaikan mesej pada ibubapa bahawa proses kejayaan itu adalah proses yang panjang. Yang memerlukan komitmen. Sentiasa ingat objektif kita. Jika kita mempunyai apa apa objektif atau azam untuk anak- samada menghafal alQuran, mengajar membaca atau apa sahaja, lakukanlah dengan konsisten dan sabar. Jangan sibuk mahu melihat keputusan atas usaha kita itu. Jika masih tiada apa2 hari ini, walaupun sudah setahun berlalu, tunggulah setahun lagi dengan mengajarnya dengan konsisten. Jika tiada juga, tunggulah lagi setahun dan setahun lagi seperti apa yang saya lakukan didalam bidang golf ini. Sebenarnya ini adalah habit saya yang sama dalam apa saja proses untuk anak seperti mengajar al Quran, Mental Arithmetic etc.
Semoga kita diberi kesabaran dan sentiasa istiqamah dalam usaha kita melahirkan generasi Islam yang berwibawa.

Keputusan Pertandingan Golf

 

 

Darwish dengan trophy ditangan kiri dan Sijil Anugerah Kecemerlangan di tangan kanan.
Alhamdulillah dia diantara mereka yg menerima trophy. Jika dilihat online scoring di website sportexcel untuk tournament baru2 ini, dia mendapat tempat ketiga daripada 31 penyertaan.
Banyak pengalaman untuk saya dan anak saya untuk pertama kali ini.
Allah beri peluang untuk anak saya berada dlm Champion flight kerana mahu saya bertemu dgn ibubapa lain yg anak2 mereka lebih hebat dari anak saya dlm bidang ini. Saya menemuramah ibubapa yg anaknya juga berada dlm champion flight ini. (Maklumlah busybody nak tahu bagaimana anak mereka boleh jadi hebat).

Ini adalah hasil dapatan saya :

PERTAMA : Penyertaan kali ini dikatakan oleh sportexcel paling ramai semenjak 3 tahun yg lalu. Untuk Kategori Darwish ada 31 orang dari seluruh Malaysia hadir.
(Dalam hati, kenapalah semua pakat ramai2 dtg waktu Darwish first time nak try ni)

KEDUA : Mereka yg top 5 itu telah biasa dgn tournament. Samada Local tournament mahupun International Tournament termasuk US Kids Tournament. (Darwish tiada pengalaman mana2 tournament pun. Ini adalah kali pertama untuknya)

KETIGA : Mereka mula mendedahkan golf pada anak mereka dari umur anak mereka 3 tahun. (Ketika umur ini Darwish sibuk menghafal Quran. Tak tahu pun apa itu golf. Umur 8 tahun baru bermula bahagian intro golf)

KEEMPAT : Mereka dari golongan berada dan menghantar anak mereka ke golf club/golf academy yg punya teknology pembelajaran golf yg moden dan advance dengan menggunakan sistem khas untuk golf swing analysis, flight scope dan tahapakebendanyalagi
(Darwish hanya berlatih secara konvensional. Pukul je bola tu sampai boleh)

KELIMA : Ketika tournament, mereka menggunakan range finder, gps watch dan gajet alien dalam dunia golf yg saya tak tahu namanya lagi (Darwish pakai sixth sense.. natural instinct, tiada gajet apapun)

KEENAM : Kelengkapan set golf mereka adalah yg terkini yg telah melalui custom fitting sesuai dgn ketinggian tubuh mereka.(Darwish pakai set golf second hand orang dewasa yg sebenarnya tak sesuai dgn tinggi badan kanak-kanaknya). Bila ada yg tanya kenapa tak custom fit untuk anak, saya jawab… biar dia boleh pakai lama sikit. Ni ala2 kita beli baju besar sikit dari saiz tubuh anak supaya mereka boleh pakai lama. Haha..

Kesimpulan..
Dengan semua kekurangan Darwish dan kelebihan orang lain ini, Allah tetap beri kemenangan kepadanya (Champion Flight). Saya katakan pada dia, ini kerana dia dekat dengan Allah berbanding orang lain. Jika dia Iebih dekat lagi dengan Allah, insyaAllah kemenangan lebih lagi akan dia perolehi.
Hebat kuasa Allah. Bila berbual dgn ibubapa tadi, fikiran saya melayang sebentar. Saya terbayang org bukan Islam dgn teknologi satelit mengesan musuh (dalam champion flight Darwish seorang sahaja yang Muslim) serta senjata mereka yg canggih dan akhirnya, diakhir zaman, umat Islam yg agak serba kurang boleh menang.
Kembali semula kepada anak saya…. Semoga ini menjadi pelajaran dan motivasi bagi anak2 saya untuk sentiasa mengingatiNya.

Berhijrah Ke Kedah

Kami berhijrah ke Kedah. Ketika saya menemani anak saya berlatih golf, ada seorang lelaki menegur saya bertanyakan tentang Darwish. Sudah berapa lama dia dalam sukan golf. Selesai berbual, rupanya dia sedang mencari bakat untuk mewakili Kedah ke MSSM. Maka, Darwish di jemput sebagai ‘Guest Player’ dalam pertandingan Junior negeri Kedah. Dia mengalahkan juara rasmi (official champion) dengan perbezaan 30 stroke. Then, they invited him to compete officially at state level and the rest is history. He is going to Labuan to compete at National level under boy below 12 category.

 

See.. Is he just lucky to be at the right place in the right time? Jika Allah berkehendak ianya terjadi, ia akan terjadi.
At 11 years old, he will be separated from me for the first time for 2 weeks. He must attend Latihan Pusat for a week and then fly to Labuan for practice round before the tournament. All sponsored by Kedah state. 

Alhamdulillah atas nikmat Allah yg melimpah ini. Saya ingatkan dia bahawa bukan semua orang punya peluang untuk meraih pengalaman seperti ini. Belajarlah sebanyak yg boleh. Timbalah pengalaman sebaik mungkin. Sentiasa panjatkan rasa syukur pada Allah kerana lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak Allah akan limpahkan kurniaNya.

Saya ingatkan dia juga supaya jangan bimbang akan menang atau kalah asalkan dia sudah memberikan yang terbaik. Semoga dia tetap yakin diri bertemu lawan yg lebih dewasa dari usianya. Tenang dan fokus sepanjang latihan dan perlawanan. Amiin

(Artikel ini pernah dikongsikan di facebook pada 2019 dengan link dibawah)