Makanan Sejuk Beku Menjimatkan Masa

Kita ni banyak sangat habiskan masa di dapor. Sebab terlalu ambil serius tentang siapkan makanan. Breakfast buat nasi lemak, bihun goreng, bagai. Makan tengahari & malam pulak paling minima 3 lauk. Tu belum campur yang rajin buat minum petang lagi.

Dalam waktu 24 jam, waktu berjaga kita banyak habis dalam menyiapkan makanan. Bila dah penat tumbuk sambal, siang ikan, ayam, mengemas balik apa yang disepahkan selepas memasak, ingat kita boleh rehat? Tak lagi. Nak hidang makan. Lepas makan nak kemas, basuh pinggan bagai lagi. Penat tak habis.
Bila penat, nak suruh mengajar anak pulak? Haa.. itu yang tak boleh jalan. Mengajar nak kena sabar. Tapi dah letih separuh nyawa, anak pulak bukan anak patung duduk diam je waktu mengajar. Itu yang cepat naik angin. Bila dah memukul, rasa menyesal pulak. Lain kali tak nak ajar dah.

Sebenarnya jika penat memasak tu boleh dikurangkan, kita akan jadi ibu dan guru yang lebih waras. Kita makan ni nak yang halal dan berkhasiat je. Asalkan boleh bagi tenaga untuk belajar, beribadat dan bekerja. Orang nak kata saya malas, katalah. Saya selesa dengan cara begini. Tak memenatkan badan dan lebih sabar bila mengajar anak. Saya memilih makanan sejuk beku.  

Ini adalah ‘sneak peak’ bahagian beku peti sejuk saya. Setiap bungkus ada label apa lauk didalamnya menggunakan masking tape yg tertulis dgn permanent marker. Saya letakkan plastik, marker, getah dan masking tape ini di atas peti sejuk.
Jika tidak di label, bila beku, kita dah tak tahu apa benda dlm bungkus tu hinggalah dicairkan semula. Bila tersilap, tidak seperti yg dijangka, masuk peti beku semula. Pernah dulu, saya ingatkan rendang, rupanya kuah kacang, saya ingat masak paprik, rupanya sambal. 

Anak saya mana reti makan sambal!
Kenalah masuk balik. Proses keluar masuk beku berulang ini akan memberi kesan pada kesegaran makanan tersebut.
Peti sejuk saya ada 4 drawer beku. Drawer kedua adalah utk pelbagai jenis masakan ayam.
Beli saja ayam segar, saya tidak bekukan mentah. Jika terpaksa beku mentah pun, saya akan pastikan ia dibasuh bersih untuk mengelakkan kuman/bakteria berkampung didalam peti sejuk. Selalunya saya akan terus basuh dan masak. Sekali masak, saya guna 4-5kg ayam. Padahal anak ada 2 orang je tu! Haha.. (Macam nak buat kenduri pula kan?). Selalunya 2 jenis masakan. Guna periuk dan kuali besar. Sekali masak dan sekali kemas bersepahnya tu.
Biar ia sejuk… bungkuskan. Jika nak makan, ambil satu dari sini dan panaskan. Sementara ia dipanaskan, boleh masak sayur. Sayur perlu dimasak segar Jika tiada sayur, jodohkan lauk ini dengan ulam ulaman spt timun, etc. Keluarga kita perlu diet seimbang. Makan dengan dengan nasi panas. Lengkaplah untuk makan tengahari atau dinner.
Cara ini akan menjimatkan masa yang diluangkan didapur – dari menyediakan bahan, memasak, mengemas dan membasuk alatan memasak. Cara ini juga memudahkan penyediaan. Takde dah nak cari bahan dulu, ada tak cukup bahan tu dan ini.. kemudian baru decide nak masak apa.
InsyaAllah dengan cara ini kita ada lebih banyak masa untuk perkara yang lebih penting. Contohnya untuk mengajar anak.

Kesimpulan : 


1. Mungkin ada yang kurang jelas disini. Saya bukan bungkus lauk ‘leftover’ atau lauk semalam. Bukan lauk lebih. Ianya adalah lauk fresh yang baru masak. Yang belum berusik lagi.
2. Sebelum dibekukan peti beku di rendahkan suhu ke paling minimum untuk pembekuan yang lebih cepat. Selepas lauk beku ia akan dinaikkan ke suhu beku normal.
3. Dari segi rasa, ianya adalah seperti lauk yang baru dimasak fresh. Yang bertandang rumah saya dan dihidangkan dengan lauk ini, malah suami saya, semuanya tidak tahu ianya adalah lauk beku sebelum saya beritahu mereka
4. Untuk memakan lauk beku, saya tidak memanaskannya menggunakan microwave kerana hasilnya tidak sama dengan api dapur. Saya menggunakan api dapur. Panaskan hingga mendidih. Untuk sebahagian lauk, ianya menyedapkan rasa lebih sedap. Contoh – kuah kari, sup etc krn ia bertambah pekat.
5. Saya amalkan procedure FIFO – First In, First Out. Lauk yang baru dimasak akan diletakkan di paling belakang. Pemilihan lauk adalah yang paling depan. Lauk beku secara yang betul ( bukan beku leftover) boleh bertahan 3 bulan. Namun stok saya paling lama bertahan 2 minggu sahaja.
6. Untuk lauk ikan, saya buat bahannya sahaja. Contoh bes sweet sour, bes 3 rasa tapi ikannya tidak dimasukkan. Ia hanya dimasukkan bila mahu dimakan pada hari itu. Cuma goreng ikan dan taburkan bes yang telah dbeku dan dicairkan semula tadi.
7. Ketika memasak, saya memasang ayat al Quran, tidak lepas berzikir dan berdoa untuk anak dan suami. Inilah yang dimasukkan ke dalam makanan beku itu. Kurangkan makan diluar kerana kita tidak tahu keadaan mereka ketika memasak. Adakah mereka suci dari hadas besar dan hadas kecil? Adakah mereka menggunakan ayam goreng semalam yang tidak habis untuk lauk masak merah mereka hari ini?
8. Sebagai seorang penceramah yang kesana kemari (Khamis ini saya akan ke LHDN Jalan Duta, minggu depannya akan ke Kuantan dan kemudian akan keTerengganu), juga menguruskan business online dan guru kepada 2 orang anak yang homeschooling, saya memilih pelbagai ‘shortcut’ dalam pelbagai perkara urusan rumah tangga. Saya faham ada yang tidak setuju dengan cara saya tapi itulah cara saya untuk mengelakkan kepenatan yang melampau hingga senyuman saya untuk anak dan suami hilang. Berganti pula dengan rungut dan leteran.
Bukan sahaja perut anak kita perlu diisi, malah minda mereka, jiwa dan roh mereka perlu diisi. Jika kita fokus untuk memuaskan perut dengan seni memasak kita yang memenatkan kita, mungkin untuk makanan minda, jiwa dan roh mereka akan kelaparan pula

(Artikel ini pernah dikongsikan di FB pada tahun 2018 dengan link seperti dibawah)