Umur Berapa Patut Ajar Anak Tentang Dunia Kewangan dan Ekonomi?

Ada yg bertanya setelah saya postkan video anak saya umur 12 tahun bercakap ttg pasaran saham. Ceritanya bermula 6-7 tahun lepas, saya tertarik dgn satu iklan FREE class for kids di MoneyTree, Sri Hartamas. Saya pun daftar anak & pergi. Tiba disana, bukan mahu timbulkan isu perkauman ya, saya lihat, anak saya saja yg berbangsa Melayu. Alhamdulillah untuk bercampur dgn bangsa lain tiada masalah krn anak2 saya boleh berbahasa Inggeris dgn mrk. Biasalah kanak2, begitu cepat mesra dan berkawan.

Sambil menunggu mrk habis kelas, saya berborak dgn owner centre tersebut. Saya diterangkan yg program mrk ini khas mengajar kanak2 ttg dunia kewangan yg tak diajar di sekolah. Mrk akan diajar ttg pelaburan, saham, perniagaan dan sbgnya. Semuda usia 10 tahun (klu mrk ikut program dari usia awal) sudah belajar ttg saham dan investment. Hmm.. sebab itulah mrk yg memegang ekonomi kan?
Bukan itu sahaja, mereka akan didedahkan dgn penipuan/scam dunia supaya mrk tak tertipu bila diluar sana. Kita jangan beri gambaran pada anak bahawa dunia diluar sana baik2 sahaja.

Lagi satu, anak2 ini memang hebat matematiknya. Berebut2 utk beri jawapan dlm simulasi urusan perniagaan. Apapun, akhinya saya hanya pergi kelas percuma mrk sahaja krn jarak yg jauh dan susahnya parking. Mudah dpt saman parking disana katanya. Ilmu tersebut yg membuka mata saya. Jawapan utk soalan diatas adalah.. tidak ada batas umur utk mengajar anak ttg dunia kewangan.
Bagaimana pula menggalakkan anak minat dgn dunia kewangan?
Biasakan dgn merancang kewangan bulanan dgn anak. Berapa monthly expenses dan savings keluarga. Setiap bulan share dgn anak. Libatkan mereka. Contohnya bil letrik kita tinggi. Kita target rendahkan bil letrik next month. Jumlah perbezaan duit tersebut akan digunakan beli Pizza contohnya. Mrk akan jadi aktif utk mengurangkannya.

Beli banyak buku biography org berjaya samada dalam dunia Islam atau dunia barat. Saya dari kecil tak belikan mrk buku fairy tales atau Aesop Fable tu. Bwh ni Warren Buffet’s 26 Secrets to Success. Nampak tak.. content kedua? Supaya anak kita tak diambil kesempatan kebaikkan mrk. Dunia ini kalau bab duit kawan boleh jadi musuh. Itu yg perlu mrk tahu.
 
(Artikel ini pernah dikongsikan di FB pada tahun 2020 dengan link seperti dibawah)