Bersambung dari Bahagian 2 dibawah tajuk 14 tips Mengajar anak politik dan strategi perang selepas Malaysia di Ancam Israel adalah seperti dibawah berikut.

7. Kongsikan Strategi Perang Rasulullah dan Para Sahabat

 

Kongsikan tentang peperangan di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Ambil pelajaran dan iktibar dari kaedah dan strategi yang digunakan Rasulullullah s.a.w yang dikenali di barat sebagai the Great Commander, Great Military Theorist,  Organizational reformer, strategic thinker, operational-level combat commander dan political-military leader. 
Ya, mereka lebih meneliti strategi Rasulullah s.a.w dalam setiap peperangan dari orang Islam itu sendiri. Mereka membuat kesimpulan, strategi yang Rasulullah s.a.w gunapakai ada persamaan dengan strategi  Karl von Clause­witz dan Niccolo Machiavelli. Biarlah mereka dengan kesimpulan mereka itu yang mengenepikan fakta bahawa Rasulullah s.a.w seorang anak yatim yang bukanlah dibesarkan dalam keluarga ketenteraan dan tidak mempunyai sebarang latar belakang pengalaman ketenteraan.
Ambil pengajaran dari al Quran. Kuasai dan fahami surah yang membicarakan tentang perang terutama surah at Taubah dan Al Anfal. Pelajari bagaimana Rasulullah s.a.w menguatkan pasukan ketenteraannya dengan mengeluarkan orang yang bermuka dua  (munafiq) dengan bantuan Allah.  Tiada guna mempunyai bilangan tentera yang ramai tetapi bercampur dengan mereka ini. Biar sedikit tetapi kuat hatinya berjuang untuk Allah.
Lihat saja, apa yang terjadi di Palestin. Saudara Ayyash terbunuh oleh kawannya sendiri yang sanggup menjual akhirat untuk dunia dan juga baru-baru ini,  antara sebab pihak Israel bersetuju dengan genjatan senjata adalah kerana ‘spy’ mereka di Palestin telah tertangkap. Mereka sudah tiada maklumat untuk tindakan serangan seterusnya.

 

8. Kongsikan Strategi Perang Orang Bukan Islam

 

Dalam perang Ahzab, Rasulullah s.a.w mengambil idea menggali parit dari Salman al Farisi, seorang Kristian sebelum memasuki Islam, yang berpengalaman dalam ketenteraan Parsi. Rasulullah s.a.w tiada masalah mengadoptasi atau mempelajari strategi perang negara bukan Islam.
Malah ketika ia sedang melakukan penggalian parit dalam perang Ahzab inilah keluar hadis tentang penaklukan Konstantinopal dan Rom. Maka jangan hadkan diri kita dengan hanya strategi perang Rasulullah s.a.w atau sejarah tentang negara kita yang difokuskan dalam subjek Sejarah  TIngkatan 1 – 5 di sekolah. Ia adalah satu langkah yang bagus tetapi ia tidak cukup.
Kita ibubapalah perlu mendedahkan sejarah dunia diluar Malaysia supaya anak kita punya pandangan yang lebih luas. Kaji bersama anak Blitzkrieg Warfare Strategy, Robert E. Lee’s War Strategy, Guerilla Warfare in Vietnam, Johnson’s Ground War Strategy in Vietnam, Anaconda Plan in War dan banyak lagi.
Ajar mereka pelbagai strategi perang yang gagal dan berjaya supaya mereka boleh belajar dan mengambil iktibar darinya.
Adalah sangat digalakkan jika ibubapa dapat dedahkan anak kita dengan ‘Sun Tzu The Art of War’ yang mempunyai 13 Bab. Fahaminya dengan baik kerana ia adalah seni melawan kuasa besar dengan menggunaakan ketenteraan yang kecil. Kata Sun Tzu,
‘All war is deception’.
Understand.. and you will prevail.
Ignore them.. and you will fight in darkness.
Bab terpanjang adalah Bab 11, di mana Sun Tzu memperincikan Sembilan keadaan peperangan yang berbeza dan bagaimana cara terbaik stratagem para general menghadapinya.
Bab 12  pula adalah berkenaan penggunaan penggunaan bahan api/kebakaran dalam peperangan dan juga bagaimana untuk bereaksi sekiranya terjadi kebakaran dalam ketenteraan sendiri dan musuh
Bab terakhir dikhaskan untuk membincangkan peranan pentingnya ‘spy’ sebagai kunci dalam mempercepatkan kemenangan suatu kempen perang.
Semua ini adalah pengetahuan yang tidak ternilai dan merangsang anak untuk berfikir dengan lebih jauh lagi bagi mengaplikasikannya dalam perang dunia moden yang mungkin tidak memerlukan persenjataaan. Walaupun ia ilmu perang, ia juga boleh diolah untuk digunakan dalam bidang pemasaran produk atau apa saja. 

 

 

9. Kongsikan Strategi Perang Palestin Melawan Israel yang terkini

 

Dengan kekuatan tentera yang terhad, strategi yang diatur dengan bijak sangat kritikal dalam mana-mana peperangan. Berbincanglah dengan anak strategi yang digunapakai oleh Israel dan Palestin baru-baru ini. Contohnya, bincangkan cara Hamas menyusun strategi dengan pengeboman yang kelihatan seperti sasaran sentiasa saja tidak mengena. Dahlah banyak kena pintas dengan Iron Dome. Yang terlepas pun cuma kena tepi jalan atau tepi padang saja.
Dalam satu ucapan mereka, saya masih ingat mereka berkata..  ‘kami hanya mahu menghabiskan stok bom lama kami’. Ketika ini Israel sudah mula memandang mereka sebelah mata. Mereka beranggapan pihak lawan mungkin sudah kekurangan atau semakin kehabisan stok bom.
Tidak mereka sangka sebenarnya ia adalah perkara yang disengajakan. Setiap pemintas iron dome yang dikeluarkan untuk memintas bom lama yang tidaklah berapa jauh jarak jatuhnya ini adalah USD 50,000. Bayangkan bom lama atau expired, dengan kos tak sampai USD500 ini memaksa Israel membazirkan USD50,000 untuk satu bom buruk ini.

 

 

 

10. Dedahkan mereka tentang Pembuatan Bom dengan Bahan Bumi Jika Terkepung

 

Semua tahu selain anak saya menghafal al Quran, mereka juga telah didedahkan dengan Mental Arithmetic dan mengajar Konsep Sains dari umur mereka 4-5 tahun bermula dengan DVD Science Learning 
Kini Darwish sudah Tingkatan 1.  Krisis baru2 ini telah saya ambil kesempatan untuk mereka menghayati subjek Sains. Mungkin kerana mereka sudah biasa menghafal, periodic table dibawah sekejap saja dikuasai mereka terutama unsur dari Group 1A dan 2A yang berkaitan dengan pembuatan bahan letupan.
Bila  saya baca tentang bahan letupan pejuang Hamas dibuat menggunakan bahan yang berada di sekitar Palestin, saya kongsikan pada mereka ianya adalah bahan dalam group 2A yang mudah diperolehi di permukaan bumi. Unsur kumpulan ini dikenali sebagai ‘Alkaline Earth Metal’ yang sangat reaktif dan mudah meletup jika ianya dalam pure form. Tetapi ianya tidak merbahaya jika ia telah bergabung dengan bahan lain.  Ajar anak untuk mendapatkan bahan ini dalam ‘pure form’ tersebut dengan proses elektrolisis. Sungguh mudah dan seronok saya mengajar bab ini kerana menggunakan nama Hamas Al Qassam. 

 

 

11. Dedahkan mereka tentang Pembuatan Explosive Devise Penggunaan Gas Bertekanan Tinggi.

Ini satu lagi bab yang memerlukan anak kita menghafal hukum Gas. 

Boyles Law
Charles law
Lussacs Law
Dedahkan mereka bagaimana letupan boleh berlaku atau letupan boleh di rancang menggunakan hukuman tekanan gas ini terutama yang mudah dilakukan atau terjadi dengan menggunakan Lussac’s law. 
Minatnya lain macam. Malah mereka telah cuba eksperimen bom asap.  Hmm.. saya tanya Darwish kenapa minat nak buat bom asap ni? Katanya,.. ‘All War is deception so this knowledge can be used to deceive the enemy!. Hmm.. fitrah anak lelaki yang ingat perang je.

13. Ingatkan mereka untuk berlindung dari kesan bahaya dari pegeboman walaupun selepas perang. 

 

Bahan yang digunakan dalam pembuatan bom mempunyai ‘after effect’ nya pada manusia kerana sifatnya yang reaktif. Jika bahan itu mengeluarkan radioaktif, ia boleh menyebabkan kanser dan ada bahan dalam pembuatan bom ini jika dihidu dalam waktu yang lama akan menyebabkan kerosakkan paru-paru atau buah pinggang ataupun bengkak otak. Bagaimana caranya untuk mengelakkan perkara ini berlaku jika tidak berkemampuan untuk lari dari tempat itu? Tiada cara lain selain meminta pertolongan Allah. Dia Maha Memelihara. Amalkanlah zikir 

” BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM ”

Maksudnya : Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui”

Rasulullah s.a.w berkata sesiapa yang berdoa dengan ini sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465
Amalkan amalan para salafusoleh dengan ayat rukyah dari Al Quran. 

 

14. Ingatkan mereka untuk sentiasa memperbaiki diri menjadi muslim terbaik.

Saya kongsikan perbualan saya dengan Darwish baru-baru ini.
Mama : ‘Do you want to be a leader someday?’
Darwish :Nope!’
Mama :Why? A lot of people wants to be a leader, maybe Prime Minister or Minister at least.
Darwish :Let them be’
Mama :Why are you not interested?’
Darwish : ‘I’m afraid I cant shoulder the responsibility with the power that comes with it. It is not easy to answer Allah when I am not as good as Umar Al Khattab.’
Mama : Owh.. MasyaAllah… 
Ini bukan pertama kali saya bertanya dia soalan yang sama. Selalunya dia tidak mahu menjawab selain menjawab “Nope.. I just want to be the best xxxxx”. Rupanya ini dia jawapannya. 
Ingatkan anak kita tentang hari akhirat. Dunia adalah ladang akhirat itu. Tawakkal itu mudah disebut tetapi sukar dibuat. Sentiasa bergantung pada Allah. Jangan berharap pada manusia. Walaupun mereka (negara jiran seperti Indonesia atau Selatan Thailand) punya niat untuk membantu. Lihat sahaja apa yang berlaku di Palestin. Kuat mana jua jiran mereka merusuh iaitu para pemuda Lubnan dan Jordan, tetapi tetap terhalang. Hanya Allah sahaja tempat kita bergantung.
Untuk dibantu Allah, dekatkanlah diri kita padaNya. 
Pesan saya pada anak saya, supaya mereka meneruskan amalan mereka memulakan setiap hari dimana dengan waktu subuhnya mengulang hafalan al Quran, perbaiki solat dan juga amalan-amalan lainnya.

 

Penutup : Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi saya ilham untuk menulis artikel ini. Terima kasih kepada suami saya yang sangat memahami dan memberi ruang kepada saya menghabiskan penulisan saya ini dan juga sentiasa menyokong cara saya memberi pendidikan kepada anak-anak kami.

 

Mengajar Anak Politik dan Strategi Perang Selepas Malaysia Di Ancam Israel
Bahagian 1Link
Bahagian 2Link
Bahagian 3Link