Ramai muslim di negara kita yang terkesan secara emosi dengan krisis Palestin – Israel baru-baru ini. Bersemangat untuk berjuang walaupun menjadi tentera bawang. Tapi apakah masih bersemangat bila Israel menyenaraikan Malaysia sebagai sasaran mereka?
Kenapa Malaysia?
Kenapa tidak Indonesia atau Pakistan contohnya yang mempunyai :
i) Populasi penganut Islam terbanyak didunia (Indonesia) dan kedua terbanyak di dunia (Pakistan)
ii) Antara kekuatan ketenteraan yang terbaik dunia Islam dengan kedua-duanya berada di Top 5 ‘Strongest Army in the Islamic World’ sedangkan Malaysia tempatkan jauh dari kedua negara ini
iii) Kedua-dua pemerintah lantang membidas tindakan Israel terhadap Palestin, lebih awal dan lantang dari pemerintah Malaysia
iv) Kedua-dua negara rakyatnya mengadakan demonstrasi/perarakan dan lantang bersuara berbanding rakyat Malaysia yang kelihatan rakyatnya tidaklah sangat aktif berdemo duduk baik diam saja dirumah.
Bukan saya mahu 2 negara ini tersenarai dalam target Israel. Tidak sekali-kali. Saya cuma mahu ajak sahabat-sahabat saya berfikir. Kenali siapa kita. Sebelum kita kenal musuh kita, kenali kelemahan dan kekuatan diri kita.
Kekuatan dan Kelemahan Malaysia
Suka atau tidak, kenyataan ini kita harus terima iaitu Malaysia adalah sebuah negara kecil yang memiliki kekuatan ketenteraan hampir tercorot jika dilihat dalam senarai ‘Worlds Strongest Army in the Islamic World’. Ini kerana kita adalah negara yang cintakan keamanan. Lebih menekankan pendekatan diplomatik dari pendekatan ketenteraan.
-
-
Sebab itu, Malaysia adalah negara Islam yang berada di tempat pertama dalam Global Peace Index (GPI), sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Institute for Economics & Peace (IEP)
-
2. Malaysia juga adalah adalah sebuah negara Islam dengan skor tertinggi dan secara tidak langsung menjuarai kedudukan ‘Negara Islam Global Ekonomi terbaik Dunia tahun 2020’ meninggalkan Arab Saudi dan U.A.E dengan beza skor GIEI lebih dari 100 poin dari mereka. (State of Global Islamic Economy Report)
3. Malaysia juga satu-satunya negara Islam yang agresif menerobos sistem pengkomputeran mereka dan menjatuhkan air muka mereka yang terkenal dengan teknologi ketenteraan terbaik dunia.
4. Malaysia satu-satunya negara Islam yang rakyatnya bersatu dan bijak mengatur stategi untuk serangan maya dan tanpa sedar Malaysia telah memasuki gelanggang Psychological Warfare dengan Israel.
5. Kelebihan rakyat Malaysia yang kebanyakkannya boleh berbahasa Inggeris dan Bahasa Arab membuatkan penterjemahan berita dari orang tempatan Palestin tidak memerlukan International TV Network yang banyak menapis kekejaman yang berlaku di Palestin di mata dunia. Dana jutaan dolar setiap tahun dikeluarkan untuk membeli atau menyenyapkan media antarabangsa. Tiba-tiba usaha ini di patahkan oleh gelombang dari cybertroopers Malaysia. Ia memberi tamparan hebat kepada sebuah organisasi Israel yang dinamakan Hasbara.
Apakah tujuan Hasbara ini? Untuk ‘whitewash’ jenayah yang telah dilakukan oleh Israel. Mereka menapis apa yang boleh dan tidak boleh disiarkan dan mendidik aktivis mereka untuk menyebarkan apa yang berlaku seperti mana yang mereka kehendaki. Rakyat biasa bukan Yahudi di negara barat yang menyokong Israel adalah kerana mereka tidak menerima berita sebenar.
Jika kita imbas balik dari mula Bawang Rangers memulakan serangan, banyak perubahan strategi di bincangkan secara terbuka sesama kita. Hingga akhirnya kita memenuhi ruangan komen mereka dengan gambar kekejaman mereka, ayat yang bersifat lebih edukatif dan menggunakan hashtag yang bernilai tinggi pada mereka.
Alhamdulillah.. Walaupun kita bukan negara Islam yang mempunyai ketenteraan terkuat, Malaysia diberkahi Allah dengan orang-orang yang bijak ekonomi, bijak politik (subjektif) bijak teknologi dan pelbagai bidang bijak pandai. Ini menyebabkan kita jadi ancaman mereka.
Ingat!
Yahudi ini dikenali dengan kaum yang sangat memuliakan orang yang bijak berbanding dengan orang yang kuat. Mereka mahu orang bijak itu berlegar dikalangan mereka dan amat bimbang jika ianya di kalangan musuh.
Jika kaum A’ad bangga dengan kaum mereka yang kuat seperti yang di rakam dalam al Quran, surah, Fussilat, 15, tetapi kaum Yahudi bangga jika kaum mereka adalah kaum bijak seperti yang diriwayatkan dimana mereka bertanya pada Nabi Musa a.s ketika baginda berpidato dengan pertanyaan ‘Siapakah manusia yang paling bijak di dunia ketika ini?’ Mendengar pertanyaan tersebut, Nabi Musa menjawab mungkin hakikat dialah yang paling bijak di muka bumi ketika itu. Cerita seterusnya, Allah kisahkan dalam al Quran, surah al Kahf, dimana kata-kata Nabi Musa itu berakhir dengan kisah dia dan Nabi Khidir yang Allah katakan lebih bijak darinya.
Kesan Divide and Rule atau Divide and Conquer Negara Islam
Berbalik kepada Malaysia, Malaysia tidak seperti Palestin (Hamas – Fatah) atau negara Islam lain yang telah terkesan dengan strategi Divide and Rule atau Divide and Conquer barat. Mungkin mereka ingat mereka berjaya dengan melihat parti politik yang pelbagai sekarang ini tetapi rakyat Malaysia meninggalkan parti politik dan bersatu atas nama agama mereka dan kerajaan kita pula mendukung aspirasi rakyat ini.
Alhamdulillah , jika kita lihat kerajaan Malaysia, walaupun mereka lambat membidas tetapi mereka bersatu dengan rakyat. Tidak menyalahkan rakyat yang telah mengusik anjing tidur dengan menggodam dan cyberbully hingga mereka bertindakbalas mahu menyerang kita.
Malah pemerintah kita cuba untuk melindungi rakyatnya. Jika di negara Arab, mungkin hackers-hackers ini telah di tangkap oleh kerajaan mereka dan diserahkan kepada Israel untuk menyelamatkan periuk nasik mereka sendiri.
Di negara Arab, mungkin yang memulakan idea cyberbully atau inciter ini akan ditangkap dan dipenjarakan untuk menunjukkan mereka tidak bersama dengan pembawa masalah ini. Walaupun ramai yang mengecam kerajaan, kita perlu faham bukan senang untuk jadi pemerintah yang memerintah dengan bijak dan baik. Mana tahu apa pemimpin kita lakukan yang ramai tidak puas hati itu sebenarnya sudah punya tujuan tertentu.
Apa yang perlu di ketahui tentang hubungan Israel – Singapura
Berbalik kepada ancaman serangan Israel kepada Malaysia, Ramai yang kata mustahil kerana jarak antara Malaysia dan Israel yang sangat jauh. Benarkah?
.
Tidak ramai yang tahu hubungan akrab Singapore dan Israel. Kerana ia negara kecil yang dikelilingi oleh negara besar yang majoriti penduduknya Islam, Singapura risau akan adanya ancaman pada negaranya satu hari nanti. Maka ia meminta pertolongan negara Israel. Kekuatan militarinya, Singapore Armed Forces sebenarnya adalah atas bantuan dan latihan dari negara Israel. Malah Singapore mengadoptasi latihan ketenteraan kepada semua warga negara lelaki berumur 18 tahun dari Israel. Hubungan ketenteraan dan ekonomi Israel – Singapura adalah rahsia yang bukan lagi rahsia.
Ketika lawatan Netanyahu di Singapura pada tahun 2020, Jerusalem Post ada melaporkan, ‘Israel is pivoting towards Asia in a very clear and purposeful way’ dan selepas itu beliau berbincang secara panjang lebar dengan Perdana Menteri Singapura. Singapura pula membuat lawatan balas ke Israel tetapi memohon supaya tidak digembar gemburkan kerana risau akan menimbulkan rasa kurang senang oleh negara Muslim sekelilingnya. Apakah yang mereka bincangkan? Hanya Allah sahaja yang tahu.
Untuk pengetahuan, semenjak tahun 2016, Singapura sudah mempunyai Iron Dome ELTA-Made ELM-2084 Multi-Mission Radar yang dikeluarkan oleh negara Israel untuk melindung ruang udaranya dari serangan. Mereka bukan saja mempunyai kelengkapan persenjataan Defensive malah juga untuk serangan Offensive.
Dari segi geopolitik, kita boleh jangkakan rancangan menyerang Malaysia sebenarnya mudah jika ia menjadikan Singapura sebagai Military Base mereka. Tetapi mereka perlu ada alasan sebelum menyerang untuk menjaga imej mereka di mata dunia dan menghalalkan penyerangan itu. Sepertimana US menyerang Iraq menjatuhkan Saddam Hussein dengan alasan Iraq membangunkan senjata nuklear dan akhirnya sehingga kini mereka tidak dapat membuktikan serangan mereka itu ‘justifiable’, Begitulah juga nanti dengan Malaysia. Mungkin kita dikatakan melatih pejuang Hamas untuk membenarkan tindakannya.
Adakah ancaman Israel ini mungkin hanya satu ugutan? Tidakkah kita ingat sebelum Nabi Yusuf a.s di buang ke dalam perigi, adik beradiknya itu telah lama merasakan baginda ini seperti duri dalam daging? Itulah bangsa Yahudi. Jika kita.. bagaimana sekalipun tidak senang hati dengan adik beradik kita itu, tidak sampai hati nak menyalahkannya apa lagi nak membunuhnya.
Adik beradik sendiri pun mereka boleh lakukannya apa lagi musuh mereka iaitu kita?
Saya jangkakan kerajaan Malaysia akan cuba sedaya upaya mengelak peperangan dan menggunakan pelbagai langkah diplomatik bagi menyelesaikannya. Namun jika sekiranya kita tersepit dan peperangan itu tidak dapat dielakkan, saya percaya bijak pandai orang kita akan menyusun strategi mereka. Ibarat bermain catur antara Malaysia-Singapura-Israel. Anggaplah Singapura juga seperti kita, cintakan keamanan dan dia perlu menimbang tara jika mendapat permintaan dari Israel. Bukan dia tidak pernah membuat risikan tentang kekuatan dan kemampuan tentera Malaysia dari dahulu. (Bersambung) Klik untuk Bahagian 2 – Mengajar Anak Politik dan Strategi Perang Selepas Malaysia Di Ancam Israel (Bhg 2)
Mengajar Anak Politik dan Strategi Perang Selepas Malaysia Di Ancam Israel
Bahagian 1 – Link
Bahagian 2 – Link
Bahagian 3 – Link