Pada bahagian 2 artikel ini, saya ingin membincangkan persiapan kita dalam mendidik anak-anak. Hikmah daripada apa yang terjadi di Palestin adalah timbul minat baru pada anak untuk mempelajari ilmu bukan dalam bidang. Contohnya sejarah dan strategi peperangan.
Kita pula perlu proaktif memberi mereka input ilmu2 berkaitan menggunakan isu panas ini. InsyaAllah mereka tekun mempelajarinya kerana sudah ada minat.
Dibawah adalah 14 cara atau idea yang saya sendiri telah kongsikan pada anak saya. Saya harap ia memberi manfaat kepada ibubapa lain diluar sana juga.
1. Kongsi dengan anak tentang apa yang berlaku kepada orang Islam di Palestin
Bukan sahaja isu Palestin, sejak dari dahulu lagi saya sentiasa kongsikan pada anak-anak saya isu semasa yang berlaku pada umat Islam di seluruh pelusuk dunia, Contoh di Vietnam, Burma, India, China dan lain-lain . Jangan mereka hanya menghafal alQuran atau belajar untuk lulus periksa tanpa mengetahui apa yang berlaku di keliling mereka. Bersyukur menjadi seorang Islam di bumi Malaysia dan ambil peluang keamanan yang mereka kecapi untuk menyumbang pada dunia Islam
Saya akan memasukkan semua update dari fb, telegram ke dalam whatsapp group saya dan saya akan tonton bersama anak-anak saya. Memang dari dulu lagi saya buat begitu. Biar mereka lihat video sebenar, penyembelihan berdarah, kepala berkecai dan sebagainya. Saya tonton bersama mereka. Saya tidak mahu mereka menontonnya sendiri kerana saya mahu melihat reaksi mereka, menanti komen, pertanyaan mereka dan sebagainya. Supaya mereka tahu apa yang terjadi kepada muslim yang hidup tertindas di serata pelusuk dunia termasuk di Palestin.
Isu Palestin ini semoga ia bukanlah hanya semangat yang timbul secara bermusim. Buktikan kita bukanlah jenis Melayu mudah lupa. Ingatlah, negara kita juga bila-bila masa boleh berada dalam kancah peperangan.
Nama Malaysia ini telah disebut oleh Israel. Untuk memecahkan negara Islam ini, mereka tidak perlu datang berperang disini. Mereka boleh saja ‘back-up’ yang bukan Islam untuk memerangi kita orang Islam dengan kos yang rendah berbanding dengan mereka datang sendiri. Tanpa mereka campur tangan pun yang bukan Islam sudah berani memukul orang Islam yang berpuasa di negara ini sehingga lebam birat.
2. Jangan takut untuk menunjukkan video atau gambar yang dirasakan mereka tidak dapat tidur malam
Ya, saya tunjukkan semuanya. Yang facebook block kerana kengerian keadaan video itu juga saya tunjukkan terus kepada mereka. Biar ianya berbekas dalam ingatan mereka kekejaman yang telah diperlakukan kepada orang Islam. Apalah sangat video ‘raw’ seperti itu berbanding dengan apa yang anak-anak mangsa kekejaman yang melihat terbunuhnya ibubapa mereka di hadapan mereka, dengan mata kepala mereka sendiri.
3. Kongsi dengan anak tentang apa yang telah ditetapkan oleh Allah akan terjadi pada akhir zaman
Ceritakan apa yang akan berlaku pada Syria, Palestin, Turki, Rom, Madinah, Mekah dll serta rentetan darinya sebelum keluarnya Dajjal. Alhamdulillah orang kita ramai yang berkongsi tentang Dajjal pada anak mereka tetapi malangnya kurang bercerita apa akan terjadi sebelum Dajjal keluar dari tempatnya.
Kita ibubapalah yang perlu rajin mendengar ceramah ustaz/ustazah dan mengkaji hadis sahih berkaitan akhir zaman dan turunkanlah ilmu itu kepada anak-anak. Pesan anak untuk turunkan kepada anak mereka pula nanti jika sekiranya ia tidak berlaku di zaman mereka.
Marilah kita bersatu dalam memastikan generasi akan datang adalah generasi ulul-albab… Semoga anak kita adalah dalam golongan yang beriman dan bijak pandai, jauh dari korupsi dan cintakan dunia. Cintakan keamanan tetapi dalam masa yang sama melindungi sesama Islam. InsyaAllah inilah rahsia umat Islam itu kuat nanti.
Kenapa tidak kita bercita-cita untuk menjadi ‘orang Timur’ yang dikatakan Rasulullah s.a.w itu? Kita tidak tahu negara atau bangsa apakah yang menjadi pilihan Allah itu tetapi yang kita tahu kita adalah juga terletak di Timur. Tidak salah untuk punya usaha ke arah itu sebagaimana Umar Al Khattab berusaha untuk menjadi orang yang menakluki kota Konstantinopal walaupun akhirnya bukan dia yang menaklukinya.
Bukankah tiada siapa yang tahu dari mana asal orang yang akan menakluk kota Konstantinopal itu sebelum terjadinya penaklukan itu?
4. Kongsikan pada anak kepercayaan Yahudi tentang Beit Hamikdash yang ketiga dan juga Nostradamus Prophecy.
Pernah dengar kata-kata :
‘If you know yourself, but do not know the enemy, you will lose (at least) as often as you will win’?
Sepertimana orang Israel mengkaji hadis dan kepercayaan kita, maka seperti itulah kita perlu mengkaji kepercayaan mereka. Kurangkan mencari drama untuk tontonan petang, Lebihkan membuat kajian mencari ilmu untuk dikongsikan pada anak.
Tentang Nostradamus Prophecy, saya ada kongsikan dalam seminar saya dan agak terkilan bila ada yang komen mengapa saya mempercayainya sedangkan saya cuma berkongsi tentang kepercayaan bangsa Yahudi. Diharap sekarang ramai yang boleh buka hati untuk mengkaji kepercayaan mereka supaya kita boleh membaca perancangan mereka.
Siapakah Nostradamus?
Dia ini adalah seorang peramal yang membuat ramalan tepat yang berkerakyatan Perancis. Dikenali sebagai seorang yang mempunyai ‘supernatural prophetic abilities’. Tidak ramai yang tahu dia sebenarnya adalah seorang Kabbalists Yahudi. Kabbalist adalah penganut Kabbalah Yahudi Mistik. Hanya mereka yang berumur 40 tahun keatas dan telah mendalami agama mereka secara keseluruhan akan ke peringkat Kabbalah ini. Setelah menguasai peringkat ini, mereka ini adalah lebih kurang taraf ‘Wali’ dalam agama kita. Jika wali punya ‘Karamah’ kerana dekat dengan Allah.
Maka Kaballist ini juga dianggap dekat dengan tuhan dan jika ‘karamah’ yang dikurniakan kepada mereka adalah meramal masa depan, maka mereka adalah yang boleh dipercayai ramalannya. Itulah dia kelebihan Nostradamus dengan ramalannya di percayai oleh penganut Yahudi.
Pernah dengar tajuk buku ‘Nostradamus And The Islamic Invasion Of Europe’? Nostradamus secara terang-terangan menyatakan Eropah akan dikuasai oleh satu kuasa besar dunia yang akan bangkit kemudian. Bagi mereka, sehingga kini ramalan Nostradamus semua berlaku dengan tepat dan mereka masih terus mempercayai ramalan seterusnya termasuk yang belum berlaku ini.
Kita percaya hadis dan al Quran dan mereka percaya Nostradamus. Kedua-duanya menyebut tentang bangkitnya Islam itu tetapi kedua-duanya tidak tahu secara tepat dari mana dan bila. Nostradamus tidak menyatakan secara terang dan dia hanya menyatakan dengan menggunakan kiasan dan kod kiasan ini mempunyai ‘clue’ negara yang dimaksudkannya yang akan akan menguasai Eropah. Walaupun Israel secara geografi tidak terletak di Eropah tetapi mereka adalah anggota European Transnational Federations.
Jadi mereka tidak akan memandang sebelah mata mana-mana negara Islam yang menonjol untuk mengelakkannya tetapi siapalah mereka untuk melawan takdir?
5. Bincang apa yang boleh kita atau anak kita sumbangkan untuk Islam
Masa inilah nak bakar semangat anak untuk belajar rajin-rajin. Belajar dengan tekun dengan semangat menyumbang pada Islam satu hari nanti.
Sentiasa ingatkan mereka untuk belajar dengan tekun dengan niat untuk menyumbang kepada dunia Islam. Jangan jemu untuk mempelajari apa jua ilmu.
Beri mereka semangat untuk menjadi yang terbaik. Jika cita-cita mereka adalah doktor atau engineer atau apa saja, jadilah doktor atau engineer yang terbaik. Jika cita-cita mereka adalah menjadi ahli sukan, jadilah ahli sukan yang terbaik. Itulah perkara terbesar yang mereka boleh lakukan untuk Islam diluar peperangan.
Jika mereka diperlukan nanti, sumbangkan pengetahuan itu seperti mana saudara Urban seorang Engineer yang menyumbang dalam pembuatan Meriam dalam penaklukan kota Konstantinopal satu masa dulu atau Saudara Ayyash, seorang Engineer di Palestin yang menyumbangkan kepakarannya dalam bidang persenjataan/pembuatan bom.
Samada perang atau tidak, tidak rugi untuk belajar bersungguh dan menjadi yang terbaik, berjaya dunia akhirat.
6. Bincangkan Penggunaan Handphone yang Melekakan
Ramai ibubapa zaman sekarang mempunyai masalah ini. Jika anak jenis leka dengan handphone atau melayari internet di komputer, Ini adalah satu perkara yang perlu diselesaikan dan sebaiknya dibincangkan dengan mereka.
Anak saya tidak punya kebebasan melayari internet di komputer ataupun handphone walaupun mereka adalah remaja belasan tahun. TV jauh sekali. Adakah saya mengongkong?
Pada hari raya pertama baru-baru ini, mereka telah diberikan ‘passport’ untuk menggunakan handphone dan computer dengan kebebasan sepenuhnya, sepanjang hari hingga malam. Ini untuk menggantikan rasa tidak beraya kerana PKP. Nak tahu apa yang anak saya kata pada saya sebelum masuk tidur?
Mereka kata, ‘Mula-mula seronok, lepas beberapa jam rasa hidup seperti itu bagai tiada masa depan, seperti orang yang tidak punya cita-cita. Rasa risau seperti ada yang tak kena’. Saya benar-benar tak sangka mereka akan kata begitu.
Saya jangkakan mereka akan rasa happy dan berterima kasih kerana peluang yang jarang saya berikan pada mereka.
Yang paling saya gelak bila mereka berkata antara satu sama lain..
“If tomorrow Mama let us do the same (main hp sepanjang hari), I am afraid it is not her. It might be a Jinn who take the form of our mom and try to deceive us. We need to do something’.
Hingga ke situ fikiran mereka. Haha..
Ini semua kerana keterbiasaan rutin menghafal al Quran dari kecil yang menghadkan penggunaan handphone untuk mengejar target hafalan setiap hari. Alhamdulillah, Alquran telah membenttuk mereka seperti adanya ini…(Bersambung) Klik untuk Bahagian 3 – Mengajar Anak Politik dan Strategi Perang Selepas Malaysia Di Ancam Israel (Bhg 3)
Mengajar Anak Politik dan Strategi Perang Selepas Malaysia Di Ancam Israel
Bahagian 1 – Link
Bahagian 2 – Link
Bahagian 3 – Link