Website ini merupakan koleksi pengalaman peribadi saya mendidik anak dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Mereka juga boleh membaca dan bertutur dua Bahasa (Melayu dan Inggeris) pada umur 5 tahun. Pencapaian lain adalah menguasai Mental Arithmetic dan Videografi. Bagi Aktiviti sukan mereka boleh berenang dengan dalam cara Freestyle, Backstroke dan Butterfly stroke. Berkuda dalam acara Jumping dan paling terkini aktif dalam sukan golf. Anak saya juga telah menerima Anugerah Pelajar Cemerlang di sekolahnya kerana pencapaian cemerlang dalam UPSR.

Segala pencapaian mereka  adalah anugerah dari Allah s.w.t. Ianya bermula dengan niat, doa, pengorbanan dan usaha. Atas dasar itu saya ingin berkongsi perjalanan saya dengan menulis perjalanan saya di blog website ini dan mengajar ibubapa cara saya mengajar anak saya melalui kursus, ebook dan bahan bantu belajar yang sedia ada di website ini. Semoga ianya bermanfaat untuk ibubapa yang berminat. Salam Mesra.

Lina Karim
linakarim2@gmail.com