Mental Arithmetic

Penerokaan Ilmu Mental Arithmetic ini bermula apabila saya mempunyai masalah untuk mengajar anak saya sendiri. Saya ingin anak saya belajar mengira lebih awal. Maka, pada umur anak saya 4 tahun, saya mula mengajar mereka dengan menggunakan jari. Seperti ibu-ibu lain, saya cuma tahu cara mengajar bagaimana cara guru-guru dan ibu saya mengajar saya mengira dulu. 

Kasihan saya melihat anak saya tidak dapat mengikut cara saya membuka dan menutup jari ketika mengira seperti yang saya tunjukkan kepada mereka. Ketika itu, baru saya sedar cara menggunakan jari ini sesuai untuk umur 6-7 tahun dimana jari mereka lebih mudah dikawal. Kanak-kanak umur 3-4 tahun, kekuatan jari (motor skill) mereka masih lemah.  Jari tidak boleh diarahkan untuk tetap dalam keadaan tutup atau tetap buka seperti orang dewasa. Maka saya beralih dengan menggunakan batu. 

Batu pula selalu hilang. Ianya menimbulkan kepayahan juga untuk mengira jika tidak cukup. Akhirnya, setelah mencari cara terbaik, saya berjumpa dengan Mental Arithmetic.

 

Boleh saya katakan Mental Arithmetic adalah mesra kanak-kanak usia muda. Menolak biji manik untuk turun ke bawah atau naik ke atas adalah sesuatu yang mudah. Asasnya adalah menguasai alat yang dipanggil Abacus. Lama-kelamaan, mereka akan jadi lebih mahir dan membayangkan abakus itu bergerak didalam minda mereka.

Sejak dari itu saya tidak menoleh mencari cara lain. Kedua-dua anak saya dilatih dengan Mental Arithmetic. Di sebelah adalah piala Top 40 Award Darwisya yang dia perolehi pada pertandingan 2012 International Mental Arithmetic Competition yang dihadiri oleh 2000 orang di seluruh dunia yang diadakan di Genting Highland. 

Lihat Video Darwish berumur 5 tahun disebelah. Dia telah menguasai pengiraan digit ratusan tambah dan tolak. Tempoh masa dia belajar bermula dengan mengenal manik di abacus sampai ke peringkat ini adalah 2 tahun.   

Jika seorang kanak-kanak telah menguasai Mental Arithmetic pada umur 5 tahun, InsyaAllah jika dia masuk sekolah masuk Tahun 1 ( 2 tahun lagi) dia akan lebih yakin diri dengan subjek Matematiknya. 

Kaedahnya adalah bermula dengan mengajar abakus pada umurnya 3 tahun lebih. Ketika umurnya 5 tahun dia sudah boleh menguasai Mental Arithmetic. 

Apakah Itu Mental Arithmetic?

Mental Arithmetik merupakan satu kaedah pengiraan melibatkn (+,-,×,÷) di mana pelajar akan membayangkan pergerakan manik2 abacus bagi menyelesaikan masalah pengiraan tersebut..ia melibatkan tahap penguasaan otak kanan..

Kelebihan anak yg diajar Mental Arithmetik:

1. Berkebolehan mengira dengan cepat dan pantas
2. Mencungkil kecerdasan minda dlm merangsang daya tumpuan, pendengaran teliti, penglihatan dan disiplin masa
3. Menambah keyakinan diri disamping cekap dlm mata pelajaran matematik
4. Meningkatkan kecergasan reaksi terhadap sesuatu, mudah mengikuti dan memahami pembelajaran guru
5. Keupayan pemerhatian yang lebih tajam

Dibawah adalah Video Pengajaran Mental Arithmetic

InsyaAllah saya dalam rancangan mengeluarkan video pengajaran Mental Arithmetic yang baru dalam awal bulan depan. Sila subscribe dan tekan butang notifikasi untuk update awal video yang akan dikeluarkan. 

Apakah Yang Diperlukan Untuk Memulakan Pengajaran Mental Arithmetic Pada Anak?

Mental Arithmetic disarankan untuk diajar pada anak usia awal. Lebih awal bermula lebih bagus. Anak yang tiada asas pengiraan adalah lebih bagus mempelajari terus ilmu ini dari anak yang sudah tahu mengira dengan jari. 

Namun kos untuk menghantar ke pusat tusyen Mental Arithmeic adalah agak mahal. Paling murah adalah RM80 dan kebiasaannya adalah RM150 sebulan, dengan kelas cuma seminggu sekali sahaja. Ini bermakna untuk seorang anak kita memerlukan kos RM1000 – 1500 setahun. Jika ada lebih dari seorang anak, kos ini akan berganda. Itu belum lagi dengan kos petrol menghantar pergi balik dan penat letih kita. Perlu diingat, untuk mencapai ke tahap Mental Arithmetic dengan kelas seminggu sekali, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun dari anak kita bermula. Bayangkan kos yang perlu dikeluarkan. 

Alternatif lain adalah dengan mengajar sendiri. Daftar Kursus Online Mental Arithmetic untuk ilmunya, dan kemudian dapatkan worksheet 1 tahun pertama dan abacus untuk bahan mengajarnya. Boleh juga dapatkan ilmunya dari Ebook MEntal Arithmetic dibawah ini.  InsyaAllah kita sudah boleh bermula.  

Kesimpulannya, perkara yang perlu ada sebelum memulakan pengajaran adalah 

1. Alat Abacus
2. Worksheet/Ebook/Buku latihan Mental Arithmetic
3. Ilmu Abacus

 

Ebook Mental Arithmetic & 3 Video Tutorial

Video Kursus Online Mental Arithmetic Untuk Sebulan 

Year 1 Mental Arithmetic Worksheet & 3 Video Tutorial

Year 2 Mental Arithmetic Worksheet & 3 Video Tutorial

Untuk mencapai tahap Mental Airthmetic, mengikut pengalaman saya, ia memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun jika sesi kita mengajar mereka adalah seminggu sekali secara konsisten. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kanak-kanak tersebut. Jika anda mepunyai masa yang lapang dan boleh melakukannya lebih dari sekali, ia adalah lebih baik. 

Adalah amat digalakkan untuk mereka yang belum lagi belajar mengira dengan jari untuk mepelajari teknik (umur 4 tahun) ini. 

Diharap ibubapa yang membuat keputusan untuk mengajarkan anak dengan cara ini dapat terus mengajar mereka ke tahap Mental Arithmetic kerana jika ianya setengah jalan, bermakna mereka masih bergantung kepada abacus. Bergantung kepada abacus, bermaksud mereka belum lagi menguasai kemahiran yang boleh membantu mereka dalam pelajaran matematik di sekolah. Ia juga bermaksud, otak kanan (yang mengawal imaginasi) masih belum dilatih secara maksima. 

Mereka yang telah mencapai tahap Mental Arithmetic, bila disebut sebarang nombor, mereka akan membayangkan manik nombor tersebut di minda mereka. Bila di minta menolak atau mencampur, minda mereka akan menolak keatas atau kebawah manik tersebut.untuk mendapat jawapan. Ini adalah kemahiran imaginasi yang dimiliki oleh otak kanan.

Untuk Yang Berminat Membuka Kelas Dirumah atau Di Pusat Tadika Dapatkan Pakej Mengajar

Pakej ini mengandungi :

Untuk pertanyaan membuka kelas Mental Arithmetic di rumah atau tadika,
boleh hubungi saya di linakarim2@gmail.com atau whatsapp di 0192308080