Gunakanlah kemudahan yang sedia ada dizaman ini untuk memudahkan usaha mengajar dan belajar untuk anak-anak kita. Kemudahan yang dimaksudkan adalah seperti MP3 Player, radio CD dan sebagainya.
Seperti yang dinyatakan oleh Saidina Umar Al-Khattab, “Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu dulu kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman mu”.
Bukan sahaja kemudahan elektronik yang berlainan antara zaman dahulu dan sekarang, malah ia juga termasuk kemudahan mendapatkan ilmu. Contohnya, anda mendapatkan ilmu didalam buku atau ebook yang dibaca ini tanpa keluar dari rumah untuk membelinya.
Semoga buku ini membantu dalam menyampaikan ilmu ‘lama’ ini yang mungkin adalah ilmu terbaru bagi diri pembacanya.