Selamat Datang ke Ruangan Ahli Tutorial Video Online Mental Arithmetic
Assalamualaikum kepada semua ibubapa yang menyertai Tutorial Online yang dikasihi dan dirahmati Allah. Sebelum adanya Tutorial Online ini, ia adalah Kursus Live yang memakan masa setengah hari. Saya harap dengan adanya Tutorial Online ini, walaupun tidak sama seperti live seminar, ia tetap dapat menyampaikan ilmu dengan membawa lebih banyak kebaikan. Sebagai contoh, ianya boleh diulang-ulang sehingga faham. Ianya sesuai untuk yang sibuk kerana boleh memperuntukkan masa mengikut kelapangan sendiri.
Ingin saya ingatkan, perkara pertama yang perlu ada pada diri ibubapa yang dikasihi sekalian adalah D.I.S.I.P.L.I.N! Adakah kita boleh meluangkan masa untuk menghabiskan semuanya dalam setengah hari seperti yang dilakukan oleh peserta ‘live’? Jika tidak boleh, adakah kita boleh luangkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk melihat 1 video sehari? Katakanlah 1 video mengambil masa 10 minit…. Tutorial akan habis dalam masa tidak sampai setengah bulan. Masih ada hampir 2 minggu untuk mengulang lagi sekali.
Ilmu yang ada dari sini, tidak akan bererti jika ianya tidak digunapakai. Berapa ramai yang ke kursus saya (mencecah ribuan) tetapi berapa peratuskan yang anaknya berjaya? Ini kerana, tiada jalan pintas.
Sudah ada ilmu, perlu ada usaha. Sudah ada usaha, perlu ada ‘consistency’. InsyaAllah akan nampak hasilnya seperti saya dan peserta saya yang komited mengusahakan apa yang mereka pelajari.
Saya doakan semoga kita sama-sama berjaya mendidik anak dunia akhirat. Amin.

 

*Tidak dibenarkan untuk berkongsi bahan dari website ini dengan orang lain tanpa izin dari www.islamicparentingnetwork.net

 

MODUL 1

 

 

 

 

 

MODUL 2

 

 

 

 

 

MODUL 3

 

 

 

MODUL 4

Video Progress Darwish menguasai Mental Arithmetic bermula dari usia 4 Tahun

 

MODUL LICENSEE

Video Bagaimana Menggunakan Bahan Bantu Belajar Di Ruangan Licensee

VIDEO 1

VIDEO 2