Waktu kanak-kanak adalah waktu ditanamkan iman. Masa ini adalah masa yang sesuai untuk bercerita tetang perkara ghaib seperti syurga, neraka, malaikat, hari akhirat dan sebagainya. Luangkanlah sedikit waktu untuk bercerita dengan anak.
Banyak terjadi muda-mudi zaman sekarang yang tidak mempercayai alam akhirat. Bila sudah dewasa, mereka lebih berfikir kepada logik sesuatu perkara sebelum mereka menerimanya menyebabkan sukar untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. Maka, janganlah lepaskan peluang ketika mereka masih kecil. Ceritalah setiap minggu dua atau tiga kali sekurang-kurangnya cerita Islami yang boleh dijadikan pengajaran buaat mereka. Bermula dengan kisah Nabi Adam dan Nabi nabi lain.
Disini, saya cuba bawakan beberapa video untuk dijadikan idea bercerita ibubapa. Ada dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Untuk yang berbahasa Inggeris, ada beberapa yang sudah mempunyai sarikata Bahasa Malaysia. InsyaAllah saya akan bawakan lebih banyak video berbahasa Malaysia selepas ini. Semoga ianya bermanfaat.