Selamat Datang ke Ruangan Ahli Tutorial Video Online Mengajar Al Quran Dari Bayi Kaedah DarwishDarwisya
Assalamualaikum kepada semua ibubapa yang menyertai Tutorial Online yang dikasihi dan dirahmati Allah. Sebelum adanya Tutorial Online ini, ia adalah Kursus Live yang memakan masa satu hari. Saya harap dengan adanya Tutorial Online ini, walaupun tidak sama seperti live seminar, ia tetap dapat menyampaikan ilmu dengan membawa lebih banyak kebaikan. Sebagai contoh, ianya boleh diulang-ulang sehingga faham. Ianya sesuai untuk yang sibuk kerana boleh memperuntukkan masa mengikut kelapangan sendiri.
Ingin saya ingatkan, perkara pertama yang perlu ada pada diri ibubapa yang dikasihi sekalian adalah D.I.S.I.P.L.I.N! Adakah kita boleh meluangkan masa untuk menghabiskan semuanya dalam satu hari seperti yang dilakukan oleh peserta ‘live’? Jika tidak boleh, adakah kita boleh luangkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk melihat 1 video sehari? Katakanlah 1 video mengambil masa 10 minit…. Tutorial akan habis dalam masa Satu bulan dan 4 hari. Masih ada hampir 2 bulan untuk mengulang lagi sekali.
Jangan terperanjat jika saya katakan ada yang tidak habis dalam masa 3 bulan itu. Ianya bergantung kepada komitment.. kehendak hati. Jika saya panjangkan hingga setahun pun ‘expiry date’ nya, sekiranya hati telah di bisik-bisik oleh ‘makhluk tersebut’, maka sia-sia sahaja pelaburan untuk membeli akses online ini. Yang paling penting adalah kehendak hati!.
Semoga semua batch peserta saya tahun 2020 ini adalah yang serius menginginkan kejayaan dunia akhirat anak-anak dan tidak keberatan untuk berkorban masa, usaha dan wang ringgit untuk kearah itu. Ilmu yang ada dari sini, tidak akan bererti jika ianya tidak digunapakai. Berapa ramai yang ke kursus saya (mencecah ribuan) tetapi berapa peratuskan yang anaknya berjaya? Ini kerana, tiada jalan pintas.
Sudah ada ilmu, perlu ada usaha. Sudah ada usaha, perlu ada ‘consistency’. InsyaAllah akan nampak hasilnya seperti saya dan peserta saya yang komited mengusahakan apa yang mereka pelajari.
Saya doakan semoga kita sama-sama berjaya mendidik anak dunia akhirat. Amin.

 

*Tidak dibenarkan untuk berkongsi bahan dari website ini dengan orang lain tanpa izin dari www.islamicparentingnetwork.net

 

MODUL 1

 

 

 

 

 

MODUL 2

 

 

 

 

 

MODUL 3