Untuk mencapai tahap Mental Airthmetic, mengikut pengalaman saya, ia memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun jika sesi kita mengajar mereka adalah seminggu sekali secara konsisten. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada kanak-kanak tersebut. Jika anda mepunyai masa yang lapang dan boleh melakukannya lebih dari sekali, ia adalah lebih baik.
Adalah amat digalakkan untuk mereka yang belum lagi belajar mengira dengan jari untuk mepelajari teknik (umur 4 tahun) ini.
Diharap ibubapa yang membuat keputusan untuk mengajarkan anak dengan cara ini dapat terus mengajar mereka ke tahap Mental Arithmetic kerana jika ianya setengah jalan, bermakna mereka masih bergantung kepada abacus. Bergantung kepada abacus, bermaksud mereka belum lagi menguasai kemahiran yang boleh membantu mereka dalam pelajaran matematik di sekolah. Ia juga bermaksud, otak kanan (yang mengawal imaginasi) masih belum dilatih secara maksima.