Pasangkan sentiasa CD Audi Juzuk Amma ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Tidak digalakkan sekadar memasang MP3 di laptop dengan talian internet kerana kemungkinan ia akan terputus jika ada gangguan internet. Dapatkan radio yang mempunyai butang repeat dan pasangkan CD Juzuk Amma yang dibacakan oleh Adik Ahmad Saud sebelum ibubapa datang menghantar anak-anak mereka. Jika tiada CD yang dimaksudkan, ianya boleh dibeli di eshop IPN
2. Sediakan barang permainan ditempat mereka bermain
3. Sediakan Worksheet, Abacus, Pensel, Pensel Warna (jika perlu) serta pemadam di tempat belajar.
4. Pastikan worksheet disemak oleh guru dan diberikan kepada ibubapa untuk dibawa pulang.
5. Tidak dibenarkan mana-mana pelajar untuk membawa balik worksheet sebagai homework jika mereka tidak habis menyelesaikannya di kelas. Perlu diterangkan kepada ibubapa kenapa worksheet mereka tidak diberikan minggu itu.