RUANGAN DOWNLOAD
MENTAL ARITHMETIC YEAR 2

Ruangan ini diadakan untuk memudahkan pemegangn lesen merujuk semua kompilasi bahan rujukan seperti worksheet dan lain-lain. Ruangan ini tidak terbuka kepada umum. Ia hanya kepada pemegang lesen sahaja. Untuk masuk ke ruangan ini, perlu menggunakan password yang telah diemel kepada pemegang lesen. Dibawah adalah worksheet untuk Tahun 1. InsyaAllah ia akan ditambahbaikkan lagi jika ada maklumbalas dari pemegang lesen akan apa yang sudah sedia ada. Maklumat dari semua adalah dialu-alukan. Sila Download dengan mengklik mana-mana butang berwarna dibawah.

1. Disarankan untuk print out worksheet dalam greyscale atau black and white pada setting printer anda.

2. Tidak digalakkan untuk memberikannya sebagai ‘homework’ untuk dihabiskan dirumah. Ini kerana kemungkinan ibubapa mereka tidak boleh membantu pengiraan abacus adalah besar dan akhirnya akan mengajar mereka menggunakan jari.

3. Setiap worksheet perlulah disemak sebelum diserahkan kepada ibubapa setiap kali mereka mengambil anak setelah kelas selesai.

*Worksheet ini adalah untuk kegunaan guru untuk mengajar anak murid mereka atau anak mereka sendiri.
*Tidak Dibenarkan untuk berkongsi dengan orang lain tanpa izin dari www.islamicparentingnetwork.net

PERSEDIAAN LAIN :

Pasangkan sentiasa CD Audi Juzuk Amma ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung. Tidak digalakkan sekadar memasang MP3 di laptop dengan talian internet kerana kemungkinan ia akan terputus jika ada gangguan internet. Dapatkan radio yang mempunyai butang repeat dan pasangkan CD Juzuk Amma yang dibacakan oleh Adik Ahmad Saud sebelum ibubapa datang menghantar anak-anak mereka. Jika tiada CD yang dimaksudkan, ianya boleh dibeli di eshop IPN

2. Sediakan barang permainan ditempat mereka bermain

3. Sediakan Worksheet, Abacus, Pensel, Pensel Warna (jika perlu) serta pemadam di tempat belajar.

4. Pastikan worksheet disemak oleh guru dan diberikan kepada ibubapa untuk dibawa pulang.

5. Tidak dibenarkan mana-mana pelajar untuk membawa balik worksheet sebagai homework jika mereka tidak habis menyelesaikannya di kelas. Perlu diterangkan kepada ibubapa kenapa worksheet mereka tidak diberikan minggu itu.