Masih Bayi Tapi Sudah Mengenal Huruf al Quran dan Menghafalnya!

Hendak Seribu Daya. Jika Ramai Boleh melakukannya, Kenapa Tidak Anda?

Melahirkan anak yang bijak al Quran dan Akademi bermula dari kita memilih pasangan. Bermula dengan niat yang sama, apa-apa kekurang dalam mendidik dapat saling lengkap-melengkapi dalam usaha menjadi ibubapa yang sempurna. Dibawah adalah 3 video panduan asas sebelum kita pergi lebih jauh tentang kaedah mendidik bayi anda mengenal al Quran seterusnya membaca dan menghafalnya

Dibawah adalah 3 Video Panduan Asas yang Perlu Diketahui Secara Am

Mengajar mereka dari bayi untuk membaca Al Quran kedengaran sesuatu yang ekstrem. Tetapi sebenarnya ia telah pun dilakukan oleh ramai ibubapa Barat. Lihat saja ibubapa mereka berlumba-lumba mahu anak mereka mahu membaca cepat hingga timbulnya bebagai-bagai teknik contohnya Teknik Glenn Doman. Seusia 2 tahun sudah boleh membaca. Kenapa perlu awal? Kerana ini adalah masa otak kanak-kanak sedang membangun. Jika otak mereka dilatih awal, maka lebih banyak neuron akan dikekalkan hingga dewasa. 

Tahukah kita bahawa semasa pembangunan sistem saraf, ketika ini mereka mempunyai satu setengah kali ganda banyaknya jumlah neuron berbanding orang dewasa? Neuron ini akan mati bila tidak digunakan dan tinggal seperti kebanyakkan kita ini yang memulakan pembelajaran seperti biasa iaitu ketika masuk tadika. 

 

"Jika engkau kejar dunia, akhirat akan meninggalkan mu. Jika engkau kejar akhirat, dunia akan berlari kepadamu"

Sebagai orang Islam, sebaiknya kita memilih untuk mengajar mereka alQuran. Percayalah.. mengajar mereka membaca Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia adalah amat mudah bila mereka sudah kita ajar membaca alQuran. Ini kerana otak mereka telah terlatih untuk memproses ilmu membaca atau menghafal. Seolah berjalan dalam hutan yang denainya sudah tersedia. Hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja.  Boleh lihat video anak saya membaca awal dilink ini. 

Memilih al Quran lebih awal untuk anak kita adalah pilihan terbaik di akhir zaman era handphone, gajet dan games. Alatan ini tidak perlu diajar kerana mereka akan pandai sendiri nanti. Bila sudah pandai mereka akan leka. Makin dewasa makin susah mendengar kata apa lagi belajar al Quran.

Anak kita yang lahir di zaman Dajjal ini, cubaannya lebih hebat dari era kita dahulu. Kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti akan setiap tindakan mereka jika kita gagal memberikan didikan yang sepatutnya. Jika kita telah berusaha sebaik mungkin menjadikan mereka dekat padaNya, dan kalimat-kalimatnya (alQuran), insyaAllah ganjarannya bukan sahaja di akhirat, malah didunia ini lagi.  

Menghafal AlQuran Kaedah DarwishDarwisya

Setelah bayi lahir, usaha mengajar secara aktif pun bermula. Konsistensi atau Istiqamah adalah kunci kepada kejayaan kaedah ini. Lakukan setiap hari. Jika tidak dapat melakukannya satu atau dua hari tidak mengapa. Asalkan tidak ditinggalkan lebih dari seminggu atau lebih lama. Kita bukanlah ibubapa yang sempurna. Saya juga. Kadang-kadang ada juga ketiadaan mood atau sebab-sebab lain. Tetapi janglah dilayan kemalasan diri sendiri kerana masa berlalu begitu cepat. Jika tidak diambil masa diusia bayi ini, kita akan melepaskan peluang yang sangat berharga begitu sahaja. 

Bermula dengan memperkenalkan flashcard dari mereka bayi. Pada tahap permulaan ini, ibubapa mudah putus asa kerana kelihatan seperti bayi mereka tidak memberi respon ketika diajar. Teruskan usaha kerana mereka adalah ibarat sponge yang menyerap ilmu sekeliling mereka dengan hebat sekali. 

Dibawah adalah video-video ibubapa mengajar anak mereka huruf al Quran
walaupun anak tidak memberi apa-apa respon lagi.

Sabar itu buahnya manis! Sabar menanti hasil setelah usaha berhari-hari mengajar mereka. Bilakah bayiku akan bercakap? Bilakah dia akan memberi respon dengan usahaku ini? InsyaAllah usaha kita tidak akan sia-sia dunia akhirat. Pahala mengajar mereka setiap huruf alQuran itu berantai-rantai hingga mereka dewasa. Setiap huruf yang mereka sebut bila membaca al Quran nanti akan mengalir kepada kita juga. Setiap huruf itu 10 pahala. Tidak patutlah ianya terlalu senang untuk kita perolehi. Samada mereka boleh menghafaz atau hanya membaca al Quran itu nanti adalah soal kemudian. Yang penting, kita telah memperkenalkan Ilmu Al Quran sebagai ilmu pertamanya.   

 Tiada gambaran yang boleh diberikan bila mereka yang masih bayi memberi respons dengan tidak disangka-sangka. Selalunya ia berlaku pada umur sekitar 1-2 tahun.  

Dibawah adalah video kanak-kanak yang akhirnya mengeluarkan huruf
yang diajar selama ini walaupun tidak semua hurufnya.

Setelah mereka mengenal kesemua huruf pada flashcard, tibalah masa untuk mereka beralih kepada buku. Saya cadangkan menggunakan buku set al Furqan. Dapatkan CD lagu dan juga set bukunya. Ia mesra kanak-kanak kerana mempunyai audio visual juga bermula dengan huruf yang mudah. 

Mengajar anak 2-3 tahun memegang buku adalah satu cabaran yang agak rumit. Sabar adalah kuncinya. Kita sudah boleh masukkan sedikit ketegasan dalam sabar melayan karenah mereka. Jika tidak, kita stress juga nanti. Contohnya, tegas dengan reward mereka. Jika mereka tidak mahu duduk mengaji, mereka tidak boleh mendapatkan gula-gula kesukaan mereka. Ini adalah permulaan mereka belajar secara formal dengan menggunakan buku. Secara formal mereka perlu duduk belajar. Asas ini akan membantu mereka untuk belajar apa saja nanti. 

Dibawah adalah video ibubapa yang telah mula mengajar anak mereka dengan menggunakan buku al furqan buku setelah selesai sesi flashcard.

Kita akan dapati mereka ini (umur 1-5 tahun) mereka lebih cepat menghafal dari membaca. Mereka boleh menghafal dengan baik surah yang agak panjang untuk orang dewasa tetapi mereka agak kepayahan untuk membaca surah yang pendek. Saya percaya kerana banyak bahan bantu belajar seperti audio yang dipasang berulang-ulang menyebabkan mereka menghafalnya secara bersahaja. Ada juga kerana bapanya yang membacakan surah itu berulang-ulang hingga bayinya boleh mengikutinya. Saya rasa ramai yang ‘salute’ bapa seperti ini. Majoriti kita menggunakan audio CD sahaja untuk membantu kita dalam anak kita menghafal . Ada juga kerana mendengar kakaknya menghafal sebab itu dia pun terhafal. Jom lihat video-video yang saya katakan itu

Dibawah adalah video-video anak yang cenderung kepada mudah menghafal kerana mendengar secara berulang.

Bayi dan kanak-kanak belajar melalui pengulangan. Kita boleh membaca surah yang kita mahu mereka hafal secara berulang. Tetapi jika kita ibubapa yang sibuk, gunakanlah CD Audio Player yang punya ‘repeat button’

Juga, mereka lebih cepat belajar dengan melihat atau mendengar kanak-kanak lain berbanding dengan orang dewasa. Pilihan saya adalah Audio CD Surah Hafalan Juzuk Amma, yang di bacakan oleh Adik Ahmad Saud. Saya mainkan sekerap mungkin. Mainkan dirumah atau di dalam kereta. Bagi saya, Jika kita rajin memasangnya dan tahu bagaimana dan bila menggunakannya, ia akan mempercepatkan proses mereka menghafal. 

Jika kita ibu yang sibuk, pengulangan membacakan alQuran dari bayi boleh juga di lakukan dengan CD dan DVD

CD Audio Menghafal Menggunakan Teknik Chunking - Surah Al Mulk & Surah AlKahfi, CD 30 Surah Hafalan Juzuk Amma
DVD Bahan Bantu Belajar Flashcard Video Membaca Al Quran - 100 High Frequency Words dan Animals in The Quran

Allah Maha Pemurah. Jika kita berusaha dengan niat lillahitaala, dia akan memberi ganjaran yang menggembirakan didunia ini lagi, dan juga di akhirat nanti. InsyaAllah bila mereka berumur 3 tahun, jika konsisten dengan kaedah ini, mereka akan jadi HUFFAZ CILIK! Perjalanan mereka masih panjang. Dengan asas ilmu AlQuran membaca dan menghafaznya dari bayi, semoga dia cinta al Quran itu hingga dewasa. 

Dibawah adalah video Huffaz-Huffaz Cilik

Hafalan Al Quran Apabila Mereka Semakin Membesar

Berbeza dari hafalan orang dewasa, kanak-kanak lebih mengingat berbanding orang dewasa. Tetapi ini bukanlah bermaksud mereka tidak lupa langsung akan hafalan mereka. Semakin mereka membesar, semakin banyak hafalan al Quran yang mereka simpan.

Aktiviti ini membiasakan otak mereka untuk mengingat. Mereka tetap ada kelupaan. Tetapi ia berbeza dengan hafalan quran orang dewasa dimana mereka boleh lupa secara total. Seolah-olah mereka tidak pernah menghafal surah itu! Ini kita panggil.. BLACKOUT! Mereka perlu lebih kerap mengulang.

Mengikut pengalaman saya, kanak-kanak tetap mempunyai kelupaan bila mereka semakin membesar. Tetapi mereka tidak lupa secara total. Sekurang-kurangnya mereka ingat akan lagu alunan alQuran tersebut. Dan mereka mengambil masa yang sedikit untuk mengingat kembali. Mari kita ambil contoh lagu ABC yang kita hafal dizaman kanak-kanak. Adakah pernah kita lupa bila kita sudah dewasa? 

Mengulang adalah kuncinya. Jika ada 2 orang anak seperti saya, mereka boleh saling periksa memeriksa. Mereka boleh berduet. Contohnya seorang baca satu ayat, seorang lagi baca ayat seterusnya dilakukan secara begilir-gilir seperti 2 video dibawah. Oleh kerana cara menghafal mereka adalah sama, iaitu mendengar dari Qari yang sama, surah yang mereka hafal mempunyai lagu yang sama.

Video ketiga dibawah ini adalah video Darwisya membaca surah al Waqiah ketika rakaman rancangan ‘Tanah Kubur’. Perhatikan lagunya. Ia sama seperti bacaannya ketika 7 tahun lepas (ketika dia berumur 3 tahun). Cuma bezanya sebutannya ketika ini lebih jelas dan sudah tiada pelatnya. Mereka yang menghafal dengan lagunya, tidak keliru walaupun ada gangguan dari pihak rakaman menyebut nombor ayat. Kerana memori mereka bergantung kepada lagu dimana mereka berhenti. Jadi, jika anak menghafal dengan sebutan tidak seperti yang kita mahukan, tidak mengapa kerana mereka masih kecil dan setakat itu kemampuan mereka. InsyaAllah bila besar sedikit, mereka akan membetulkannya.

Memahami Maksud AlQuran

Ketika mereka masih kecil, saya selalu bercerita tentang kisah-kisah dalam alQuran walaupun tidak semua surah saya ceritakan. Pada umur mereka sudah sekitar 10-11 tahun, mereka sudah menguasai Bahasa dengan baik. Samada Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia. Mereka juga sudah punya  banyak vokab berbanding umur mereka 3-7 tahun dahulu dimana dalam usia tersebut mereka hanya sibuk menghafal al Quran sahaja. Pada umur ini, ketika itu bulan Ramadhan, saya hadiahkan mereka al Quran baru. Iaitu alQuran terjemahan.

Sesi AlQuran – Menghafal Al Quran dan Terjemahan

Semoga dengan perkongsian saya disini sudah cukup untuk menggerakkan ibubapa dengan cara yang jelas untuk memulakan mengajar al Quran pada anak. 

InsyaAllah jika saya dan ramai lagi boleh melakukannya, tentu anda juga boleh melakukannya. Untuk pengetahuan, saya juga homeschool anak saya dan mereka mengambil peperiksaan di sekolah kerajaan. Jadual mereka telah disusun supaya mereka cemerlang al Qurannya dan Akademi.

Jika sekiranya mahu mendalami lagi perkongsian saya, kita boleh berjumpa secara online iaitu didalam Kursus – Kursus Online yang saya adakan seperti dibawah.